Saturday 9 March 2019

Pencapaian Dalam Anugerah Pembestarian Sekolah 2018

Pada tahun 2018 yang lalu, saya telah dipilih untuk mewakili daerah Sabak Bernam dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor bagi kategori Amalan Terbaik Guru VLE.

Alhamdulillah... Saya telah memperoleh Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu saya dalam menyediakan segala kelengkapan dan melaksanakan program VLE tersebut. Jutaan penghargaan yang tidak terhingga dari saya.






Dapat Tempat Ketiga Guru VLE Terbaik Negeri Selangor 2018

  

Kejayaan SMK Munshi Abdullah dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor 2018:
1. Johan - Guru Admin VLE
Terbaik (En. M Zubaidi)
2. Johan - Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3. Ketiga - Guru VLE
Terbaik (En. Ezrul Helmi)
4. Ketiga - Pengurusan Makmal Komputer




PPD Sabak Bernam dapat anugerah PPD Terbaik Keseluruhan dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor 2018

Monday 22 October 2018

Penilaian Amalan Terbaik Guru VLE - Sekolah Menengah

Salam sejahtera.

Pada hari Rabu ini, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor akan mengadakan Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor bagi tahun 2018. Penilaian ini akan dilaksanakan di BTPN Selangor di Shah Alam.

Alhamdulillah, saya telah dipilih untuk mewakili daerah Sabak Bernam bagi kategori Amalan Terbaik Guru VLE - Sekolah Menengah. Saya bersyukur kerana diberi peluang ini untuk mempamerkan segala usaha saya dalam memartabatkan penggunaan VLE dalam pembelajaran di sekolah.


Doakan kejayaan saya!

Amin...

Sunday 21 October 2018

Modul Cara Memberi Tugasan VLE

Saya telah menghasilkan satu modul untuk membantu para guru untuk memberikan tugasan VLE kepada murid-murid masing-masing.


 Modul tersebut boleh diakses melalui link di bawah:

Cara Memberi Tugasan VLE

Saya juga memaparkan modul ini dalam bentuk video.