Monday 22 October 2018

Penilaian Amalan Terbaik Guru VLE - Sekolah Menengah

Salam sejahtera.

Pada hari Rabu ini, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor akan mengadakan Penilaian Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor bagi tahun 2018. Penilaian ini akan dilaksanakan di BTPN Selangor di Shah Alam.

Alhamdulillah, saya telah dipilih untuk mewakili daerah Sabak Bernam bagi kategori Amalan Terbaik Guru VLE - Sekolah Menengah. Saya bersyukur kerana diberi peluang ini untuk mempamerkan segala usaha saya dalam memartabatkan penggunaan VLE dalam pembelajaran di sekolah.


Doakan kejayaan saya!

Amin...

Sunday 21 October 2018

Modul Cara Memberi Tugasan VLE

Saya telah menghasilkan satu modul untuk membantu para guru untuk memberikan tugasan VLE kepada murid-murid masing-masing.


 Modul tersebut boleh diakses melalui link di bawah:

Cara Memberi Tugasan VLE

Saya juga memaparkan modul ini dalam bentuk video.

Saturday 20 October 2018

Pencapaian Dalam VLE

Satu upacara penyampaian hadiah berkenaan penggunaan VLE sepanjang tahun 2018 telah dilaksanakan di SMK Munshi Abdullah pada 5 Oktober 2018.

Alhamdulillah, saya telah berjaya memperoleh empat anugerah khas VLE.


Anugerah-anugerah tersebut ialah:

1. Johan Log In Tertinggi (Guru Lelaki)
2. Johan Log In Terkumpul Tertinggi (Guru Lelaki)
3. Johan Penghasilan Site Tertinggi (Guru Lelaki)
4. Amalan Terbaik VLE (Panitia Bahasa Inggeris)


Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian anugerah-anugerah tersebut.

Terasa berbaloi segala usaha yang telah dicurahkan untuk mengaktifkan penggunaan VLE dalam pengajaran saya di kelas. Semoga anugerah yang diterima ini akan menjadikan saya lebih bersemangat lagi pada masa akan datang.

Thursday 18 October 2018

QR Code Untuk Login VLE


Kini anda tidak lagi perlu tercari-cari alamat laman VLE untuk log masuk ke portal VLE masing-masing.
Hanya imbas QR Code di bawah dan anda akan terus tiba di laman utama untuk log masuk VLE anda dengan mudah!!

Langkah-langkah:
1. Install aplikasi untuk menggunakan QR Code dalam telefon pintar anda. Contohnya, aplikasi  Lightning QR Code.
2. Imbas QR Code di bawah dengan menggunakan aplikasi tersebut.
3. Pilih Open Link untuk pergi ke laman utama log masuk VLE.


Anda juga boleh mengakses maklumat ini melalui link di bawah.

Login VLE menggunakan QR Code

Wednesday 17 October 2018

Video Tentang Penggunaan VLE

Beberapa video tentang penggunaan VLE telah saya hasilkan dan telah dimuat naik ke YouTube:

Video - Guru menerangkan tentang tugasan VLE kepada murid



Video - Murid-murid sedang membuat tugasan VLE




Video - Murid-murid memberikan komen masing-masing tentang penggunaan VLE dalam pembelajaran







Thursday 11 October 2018

Kajian Tindakan Tentang VLE

Satu kajian tindakan telah dijalankan untuk mengenal pasti cara untuk meningkatkan keupayaan murid-murid dalam penggunaan VLE.

Tajuk kajian:
Penggunaan 'Google-Based Assignment' Untuk Meningkatkan Keupayaan Murid Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Bahasa Inggeris Tingkatan 2




Laporan kajian tersebut boleh diakses melalui link di bawah ini:

Laporan Kajian Tindakan Bahasa Inggeris Tingkatan 2 Tahun 2018

Sunday 7 October 2018

Modul Data Via VLE

Saya telah menghasilkan satu modul untuk membantu para guru dan staf SMK Munshi Abdullah untuk mengakses mana-mana data sekolah yang diperlukan melalui VLE.



Modul tersebut boleh diakses melalui link di bawah:

Modul Data Via VLE


Saya juga memaparkan modul ini dalam bentuk video.



Friday 5 October 2018

Laman Web Data Via VLE

Saya telah menghasilkan satu laman web khas mengenai sistem data sekolah untuk diakses oleh para guru, staf dan murid-murid.



Laman ini boleh diakses melalui Portal Sekolah SMK Munshi Abdullah:



1. Klik pada UNIT DATA SMKMA (seperti dalam rajah di atas)



2. Klik pada DATA VIA VLE (seperti dalam rajah di atas)


3. Anda kini berada dalam laman Data VIA VLE. Anda boleh mengakses maklumat yang diperlukan.